Pages

Wednesday, 16 December 2015

LATIFF MOHIDIN








ok.. kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang seorang pelukis kat malaysia ni.. asyik sebut pasal yang luar negara je.. skrg kite sebut pulak pasal seorang pelukis ni.. nama dia ABDUL LATIF BIN HAJI MOHIDIN ataupun lebih dikenali sebagai LATIFF MOHIDIN. beliau lahir pada 20 ogos 1983 di seremban, negeri sembilan. beliau tinggal di no73, jalan AU5C/6, Lembah KERAMAT, hulu kelang, 54200 KUALA lumpur.

bakat seni nya telah dapat dilihat ketika beliau berumur sembilan tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak.  Pada awal tahun 1960-an, Latiff telah menunjukkan pula kebolehan yang lain, iaitu menulis puisi.
Latiff menerima pendidikan awalnya dari Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV.  Sesudah itu, Latiff menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura.  Kemudian pada tahun 1954, beliau kembali ke Seremban dan belajar di Sekolah King George V dengan biasiswa kerajaan negeri, hinggalah lulus School Certificate pada tahun 1959. Pertengahan tahun 1960, Latiff meninggalkan tanah air untuk menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman.
Sehingga tahun 1971, Latiff cukup banyak mengembara sambil memperluas pengalaman dan mencipta pelbagai bentuk seni terutamanya seni lukis.  Hasil ciptaannya telah dipamerkan dari semasa ke semasa sama ada pameran secara perseorangan ataupun bersama, baik di dalam mahupun di luar negeri.  Sewaktu belajar di Berlin, Latiff sempat melawat seluruh Eropah Barat dan selepas itu ke beberapa buah negara Asia Tenggara.  Dalam tahun 1969, Latiff mendapat hadiah (grant) dari Kementerian Kebudayaan Perancis untuk mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris dan kemudian ditawarkan pula Biasiswa Rockefeller untuk meneruskan kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat yang diakhiri dengan lawatan seni sekeliling dunia.

"Pago-Pago" 1964, Balai Seni Lukis Negara


"Growth"

"Siri Pago-pago"

"Imago Senja" 1968 (woodcut print)

1 comments:

Nor masliza said...

ok note.. !!

Post a Comment